Saturday 26 November 2011

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1433 ~ ^_^

DOA AKHIR TAHUN

Maksudnya: Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam  kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan para sahabat sekalian. Ya Allah, apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari apa yang Engkau larang kami daripadanya, maka tidak sempat kami bertaubat darinya dan Engkau tidak meredhainya dan tidak Engkau melupainya dan Engkau berlemah lembut kepada kami walaupun Engkau memberi peluang supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat kepada Engkau, maka sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau, maka ampunilah kami. Apa yang kami lakukan padanya dari apa yang Engkau redhainya dan Engkau telah menjanjikan kami ganjaran pahala keatasnya, maka kami memohon akan Dikau wahai Tuhan Yang Maha Mulia yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga Engkau menerima kami dan janganlah Engkau memutuskan harapan kami dari kurnia Engkau wahai Tuhan Yang Mulia. Moga-moga Allah S.W.T mencucuri rahmat dan sejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekalian. Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

DOA AWAL TAHUN
Maksudnya: Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan para sahabat sekalian. Ya Allah, Engkaulah Yang Kekal, Qadim lagi azali dan di atas kelebihan Engkau Yang Besar dan kemurahan-Mu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah mendatangi kami, kami memohon kepada Engkau pemeliharaan padanya daripada syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan kami memohon pertolongan dari nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami memohon kepada-Mu untuk melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepada-Mu. Ya Allah, Tuhan yang merubah segala keadaan, ubahlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kurnian-Mu wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Moga-moga Allah S.W.T mencucuri rahmat dan sejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekalian. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Semoga Allah menerima doa kita semua.

Saturday 5 November 2011

Masak-masak Hari Raya...~

Assalamualaikum..~
Hai Kawan2...~ Selamat Hari Raya AidilAdha!!!~
Mesti antara antara kawan2 yang tengah sibuk nk wat persiapan kann..kannn..~
Paling tidak, mesti tengah masak...~ haa.. cite pasal masak ni, arini, emma nk berkongsi 1 resepi utk kwn2
iaitu kek coklat..~ actually, skrg ni emma tgh tunggu kek masak..~
alang2 tengah tunggu kek masak, emma nak share resepi kek yang emma tengah buat..~ ^_^


Kek Coklat

Bahan-bahan

2 biji telur
2 cawan gula
(pukul telur dan gula)
1 cawan minyak
2 cawan tepung gandum
1 sudu soda bikarbonat
1 sudu serbuk naik sendiri
1 cawan air panas
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu sejat

Kukus 45 minit

Topping

Susu sejat  + serbuk koko + air panas
(gaul sebati)

Selamat Mencuba ye kawan-kawan!!!!~ 

Template by:

Free Blog Templates